Sunday, 5 October 2014
Thursday, 11 September 2014
KAPA SMKTK DITUGASKAN SEBAGAI BARISAN KAWALAN KEHORMATAN HARI KOKURIKULUM
Pada hari Rabu 10 September 2014 SMK Telok Kerang telah mengadakan Hari Kokurikulum. Pada awal pagi telah dijalankan istiadat perasmian hari kokurikulum itu. Pasukan KAPA SMK Telok Kerang bersama pasukan Kadet Polis ditugaskan sebagai barisan kawalan kehormatan dalam perasmian itu. Pasukan ini berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Tahniah...
Tuesday, 19 August 2014
DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya
Monday, 28 July 2014
Sunday, 29 June 2014
SELAMAT DATANG RAMADHAN
Hari ini umat Islam mula berpuasa di bulan Ramadhan. Marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini.
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan
185 )
"Wahai orang-orang
beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan
Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat
Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan
keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu
dan menghayatinya.
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang
menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja
untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar
untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI
BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan
syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan
permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan
iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan
Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna
dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa,
dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat
memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk
persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat
kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan,
antaranya ialah:
- Solat sunat Tarawih
- Solat-solat sunat yang lain
- Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
- Memberikan hidangan berbuka puasa
- Banyakkan membaca tahlil
- Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
- Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
- Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
- Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa
dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain
berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah
kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
Saturday, 10 May 2014
Monday, 5 May 2014
JPAM LATIH ANGGOTA KADET HADAPI BENCANA
Berikut adalah laporan berita Utusan Malaysia mengenai majlis penutup Pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Johor di UTHM Batu Pahat pada 23 April 2014 yang lalu.
BATU PAHAT 24 April - Pelajar yang menyertai Kadet Pertahanan Awam
(KAPA) amat beruntung memandangkan mereka didedahkan dengan pelbagai
ilmu dan kemahiran asas Pertahanan Awam dalam menghadapi setiap
kecemasan atau bencana yang berlaku.
Pengarah Pertahanan Awam Johor, Kolonel Ghazali Abd. Rahman berkata,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedia melatih seramai yang boleh
para pelajar dan masyarakat agar memiliki kemahiran tersebut sekiranya
menghadapi situasi tersebut.
Menurutnya, pelajar pada masa yang sama juga diharapkan dapat menanam
kesedaran untuk sama-sama mengikuti dan bergiat aktif bagi menimba ilmu
Pertahanan Awam.
Asas pembangunan modal insan bermula di sini kerana bukan sahaja
pelajar dilengkapi dengan ilmu kurikulum di sekolah tetapi turut
memiliki ilmu dan kemahiran Pertahanan Awam yang amat penting dan
berfaedah.
Ilmu Pertahanan Awam yang mereka miliki hari ini juga amat berguna
sekiranya mereka mahu menceburkan diri dalam memberi khidmat sebagai
Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) selepas tamat persekolahan
kelak," katanya ketika menutup Pertandingan Kemahiran KAPA peringkat
negeri di sini semalam.
Sebanyak empat jenis pertandingan dipertandingkan dalam program itu,
iaitu pertandingan kawad kaki, perawatan awal, melawan kebakaran dan
menyelamat yang membabitkan penyertaan tujuh daerah di negeri ini.
Tambah Ghazali, JPAM Johor mengambil inisiatif melaksanakan
pertandingan tersebut sebagai sebahagian daripada matlamat jabatan
untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai dan relevan
kepada keselamatan awam serta negara.
Di samping itu katanya, pertandingan tersebut merupakan platform
untuk mengenal pasti calon kadet KAPA yang akan mewakili kontinjen Johor
ke Perkhemahan Integrasi KAPA peringkat kebangsaan kali ke-13 di Sabah
pada Jun depan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140425/wj_05/JPAM-latih-anggota-kadet-hadapi-bencana#ixzz314pmcLoQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Saturday, 3 May 2014
ANGGOTA JPAM PONTIAN SEDIA BANTU PADAM KEBAKARAN
Laporan akhbar Sinar Harian pada 14 Mac 2014
PONTIAN, 14 Mac - Kira-kira 200 anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam
(JPAM) daerah Pontian bersiap sedia bagi membantu operasi memadam
kebakaran yang kerap berlaku pada musim panas ini.
Pegawainya, Mohd Hairol Isahak berkata, sepanjang Februari hingga kini,
dianggarkan seramai 60 anggota telah digerakkan memadam kebakaran
bersama pasukan bomba dan penyelamat.
“Pada peringkat awal, kita meletakkan tujuh anggota khas yang sentiasa
bersedia 24 jam untuk turut serta dalam mana-mana operasi pemadaman yang
dijalankan di sekitar daerah.
“Sekiranya terdapat keperluan tambahan, kita akan menambah anggota
bergantung kepada situasi dan luas kawasan yang terbakar,” katanya
ketika ditemui di ibu pejabat JPAM daerah Pontian, semalam.
Menurutnya, jumlah kebakaran melibatkan kebun kelapa sawit, kawasan belukar dan semak samun meningkat mendadak tahun ini.
“Berbanding tahun lepas, operasi pemadaman kebakaran tidak banyak
melibatkan JPAM, namun pada tahun ini JPAM diletakkan dalam keadaan siap
sedia.
“JPAM telah terlibat di dalam 20 operasi pemadaman sejak Februari lalu,
terdapat operasi yang memerlukan anggota bekerja sehingga lewat malam
untuk mengawal api dari merebak,” katanya.
Jelasnya, keadaan musim kering dan panas menyebabkan anggotanya berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan air.
“Keadaan parit dan sungai yang kering menyebabkan bekalan air terhad, ini menyebabkan bekalan terpaksa dibawa dari luar. Kebakaran membabitkan kawasan tanah gambut sukar dikawal berikutan
keadaan tanah yang mudah terbakar memerlukan bekalan air yang banyak,”
katanya.
Beliau berkata, pembabitan sukarelawan dalam operasi memadam kebakaran
ini banyak membantu mereka untuk bersiap sedia menghadapi sebarang
kemungkinan bencana.
“Kita telah bersiap sedia sebelum menyertai sebarang operasi pemadaman
kebakaran dan bencana yang mungkin berlaku di daerah ini. Selain memastikan anggota mencukupi, kita juga sentiasa memastikan
peralatan menyelamat sentiasa berada dalam keadaan yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang berminat menyertai JPAM sebagai anggota sukarelawan.
Friday, 2 May 2014
SEJARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI JOHOR
Pertahanan Awam telah ditubuhkan di Malaysia, namun di Johor ia lebih
dikenali sebagai ‘Johor Defence Core’ dan fungsinya serta sistem
latihannya tidak menjurus kepada tugas-tugas Pertahanan Awam khususnya
dan ia lebih kepada kerja-kerja amal bersama masyarakat.
Pada tahun 1964 – Konfrantasi Malaysia-Indonesia, Rakyat Malaysia dikerah untuk menyertai Pertahanan Awam. Pada masa itu, Zon Selatan yang terdiri dari 3 negeri iaitu Melaka, Negeri sembilan dan Johor telah dikendalikan oleh seorang pegawai yang berjawatan Pesuruhjaya Pertahanan Awam Zon Selatan. Semua pengurusan berpusat di Singapura iaitu di Fort Cining.
Bermula tahun 1968 – 1970 Pertahanan Awam Negeri Johor telah ditempatkan di pejabat lama di Bukit Timbalan Johor Bahru (sekarang tapak Bank Negara). Pertahanan Awam Negeri Johor diketuai oleh Pegawai dengan gelaran Pegawai Penjaga yang bertanggungjawab menguruskan pasukan dan latihan kepada anggota pasukan pertahanan awam.
Tahun 1986 – 2003 Pertahanan Awam telah ditempatkan di Bangunan Sanaturium atau Hospital TB Jalan Hospital Permai Johor Bahru. Kini Pejabat Pertahanan Awam Negeri Johor telah berpindah ke bangunan sendiri di Lot 21565 Bandar Baru Uda.
TERAS PROGRAM JABATAN
Pada tahun 1964 – Konfrantasi Malaysia-Indonesia, Rakyat Malaysia dikerah untuk menyertai Pertahanan Awam. Pada masa itu, Zon Selatan yang terdiri dari 3 negeri iaitu Melaka, Negeri sembilan dan Johor telah dikendalikan oleh seorang pegawai yang berjawatan Pesuruhjaya Pertahanan Awam Zon Selatan. Semua pengurusan berpusat di Singapura iaitu di Fort Cining.
Bermula tahun 1968 – 1970 Pertahanan Awam Negeri Johor telah ditempatkan di pejabat lama di Bukit Timbalan Johor Bahru (sekarang tapak Bank Negara). Pertahanan Awam Negeri Johor diketuai oleh Pegawai dengan gelaran Pegawai Penjaga yang bertanggungjawab menguruskan pasukan dan latihan kepada anggota pasukan pertahanan awam.
Tahun 1986 – 2003 Pertahanan Awam telah ditempatkan di Bangunan Sanaturium atau Hospital TB Jalan Hospital Permai Johor Bahru. Kini Pejabat Pertahanan Awam Negeri Johor telah berpindah ke bangunan sendiri di Lot 21565 Bandar Baru Uda.
TERAS PROGRAM JABATAN
1. Awam dan Komuniti (Meningkatkan dan Melibatkan Seberapa Ramai Orang Awam di dalam Aktiviti Menyelamat)
- Pengambilan Anggota Sukarela Baru
- Latihan menyelamat penduduk setempat
- Latihan orang awam
- Program kesedaran pelajar sekolah
- Kadet pertahanan awam
- Kadet siswazah pertahanan awam (SISPA)
2. Sistem Penyampaian Perkhidmatan (Meningkatkan Keupayaan Jabatan dalam Memberikan Perkhidmatan Menyelamat)
- Program Meningkat tahap profesionalisme Res-Q 991
- Pasukan Penyelamat Pantai (Baywatch)
- Program Penstrukturan pasukan (sepenuh masa & sukarela)
- Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT)
- Pasukan Elit 991
3. Tadbir Urus & Pengurusan Perubahan (Meningkatkan Jalinan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan/Swasta)
- Perkongsian maklumat berkaitan pengurusan bencana
- Latihan kepada bekas penagih dadah (kerjasama AADK)
4. Pembangunan Kapasiti & Keupayaan
- Kursus Kemahiran Pengurusan Bencana di Agensi Pertahanan Awam Luar Negara
- Program Penempatan Pegawai/Kakitangan Di Agensi yang terlibat dengan bencana
- Sistem Amaran Bencana (perancangan 5 tahun)
- Peralatan
- Program latihan kepada kumpulan profesional & sokongan
- Program kejurulatihan
- Infranstruktur (pejabat baru negeri & daerah)
FUNGSI
- Menubuh, mengurus dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam.
- Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan.
- Bencana dan kecemasan kepada orang awam.
- Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
- Menyedia, mengurus dan menyelenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.
VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.
MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.
OBJEKTIF
Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:
- Latihan kepada Orang Awam.
- Sistem Amaran Bencana.
- Pusat-pusat Perlindungan.
Tindakbalas berikutan bencana:
- Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
- Perkhidmatan Kecemasan.
Pemulihan
- Pembersihan
- Pembangunan Semula
- Kaunseling.
SENARAI NAMA PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI JOHOR.
NAMA TEMPOH
- En. Zulkifli B. Hj Ahmad 1963 - 1967
- En. Jaafar B. Abd Jalil 1967 - 1979
- En. Ghazali B. Abd Bakar 1980 - 1981
- En. Baei B. Salekan (memangku) 1981 - 1985
- En. Roslan B. Wahab 1985 - 1991
- Tn. Hj. Mohd Yusof B. Hj. Idris 1991 - 1996
- En. Ibrahim B. Mat Adam 1996 - 2002
- En. Hamdan B. Mohd Saat (memangku) 2002 - 2003
- Tn. Hj. Che Othman B. Hj Hussin 2003 - 2008
- Tn. Ghazali B. Abd Rahman 2008 - kini
PENGARAH
Kol. (PA) Ghazali bin Abd Rahman
Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor
JKR 6231 Jln Padi Murni,
Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi,
Johor Bahru, Johor
Tel : 07- 2364567
Faks : 07- 2353991
E-mail : ghazali@civildefence.gov.my
JKR 6231 Jln Padi Murni,
Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi,
Johor Bahru, Johor
Tel : 07- 2364567
Faks : 07- 2353991
E-mail : ghazali@civildefence.gov.my
Wednesday, 30 April 2014
FOTO-FOTO KONTINJEN KAPA PONTIAN DI PERTANDINGAN KEMAHIRAN KAPA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014
Diorang tetap gembira, ceria dan riang walaupun kepenatan menyertai cabaran kemahiran KAPA yang dipertandingkan di UTHM, Batu Pahat, Johor, pada hari Rabu 23 April 2014...
DARI PERANG DUNIA KE MH370, JABATAN PERTAHANAN AWAM TETAP KOMITED
Usia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bakal mencecah 62 tahun
pada 24 Mac ini, namun kehadiran pasukan ini tidak begitu disedari oleh
masyarakat berikutan kurangnya publisiti mengenainya.
Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa pasukan, yang ditubuhkan sejak
Perang Dunia Kedua ini, berfungsi sebagai satu badan berkecuali yang
melaksanakan tugas-tugas menyelamat nyawa dan harta benda secara
sistematik tatkala negara dilanda bencana.
Jabatan ini juga adalah satu daripada tiga jabatan yang diamanahkan
menjaga keamanan negara, sebarisan dengan pasukan tentera dan polis.
Dan bagi mencapai hasrat itu jabatan akan mengadakan majlis
penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada anggotanya bersempena
sambutan ulang tahun ke-62 JPAM Isnin ini di Pusat Pertahanan Awam
Negara (PUSPAN) di Seremban, Negeri Sembilan.
"Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke majlis ini sebagai satu
cara mempromosi kelebihan menjadi sukarelawan JPAM. Pelbagai aktiviti
menarik disediakan seperti pertunjukan dan demonstrasi serta pameran
tentang aktiviti pertahanan awam", kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi,
Timbalan Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Selamat Dahalan kepada Bernama.
Hari ini JPAM memainkan fungsinya sesuai dengan keadaan semasa. Waktu
negara berada dalam keadaan aman, ia memainkan peranan mengambil apa-apa
langkah bagi melindungi nyawa dan harta benda sebelum, sewaktu dan
selepas berlakunya sesuatu bencana di dalam negara, jelas Selamat.
Jika negara berada dalam keadaan perang, tugas JPAM ialah mengambil
langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata sebelum, semasa dan
selepas serangan musuh.
SEJARAH RINGKAS
Sejarah aktiviti pertahanan awam di Malaysia telah melangkau tempoh 70
tahun, dibentuk oleh British dikenali sebagai ‘Passive Defence’ pada
tahun 1939, sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua.
Selepas penubuhannya secara rasmi pada 24 Mac, 1952, JPAM melalui
pelbagai bentuk perkembangan, dan menjadi komponen penting dalam
pertahanan negara terutamanya pada waktu-waktu sukar.
Prestasi cemerlang pasukan ‘Passive Defence’ telah membuatkan pihak
pemerintah British menggubal ‘The Civil Defence Ordinance’ pada tahun
1951 sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan di Tanah Melayu
ketika itu.
Berikutan peristiwa kemerdekaan negara, ordinan ini telah menjadi Akta Pertahanan Awam 1951.
Peranan JPAM turut diiktiraf sebagai unsur tetap pertahanan negara
seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan
Persekutuan.
Berikutan peristiwa konfrantasi Indonesia ke atas Malaysia, JPAM
melebarkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak. Peristiwa ini juga telah
menambahkan keanggotaan JPAM sehingga 36,000 anggota dengan 37 cawangan
di seluruh negara.
PENGLIBATAN JPAM
Banjir besar yang melanda hampir seluruh negara pada 1970 telah membawa
kepada peristiwa kerahan tenaga besar-besaran. Pada 1972 skop tugas
JPAM ditambah dengan memasukkan perkhidmatan bantuan bencana.
"Bantuan kepada mangsa banjir sudah menjadi ‘acara tahunan’ kami. Kalau
dahulu kami tunggu banjir berlaku baru bertindak, sekarang sebelum
banjir pun kita sudah siap siaga di kawasan potensi banjir", jelas
Selamat.
Sejak itu, JPAM telah terlibat secara aktif dalam pelbagai peristiwa
bencana dalam negara. Antara yang masih segar di ingatan rakyat ialah
tragedi kondominium Highland Towers tumbang pada 1993, Ops Daulat di
Lahat Datu pada tahun lepas dan yang terkini, kehilangan pesawat
Malaysia Airlines MH370.
Mengenai penglibatan JPAM dalam krisis MH370, Selamat berkata pihak
JPAM mengambil tiga tindakan iaitu menyediakan pasukan khas siap sedia
untuk misi menyelamat, rondaan pantai dan petugas yang menguruskan
keluarga mangsa di hotel tempat mereka menginap.
SUKARELAWAN SEDIA BERKHIDMAT
Berbeza dengan pasukan tentera atau polis dan sesuai dengan nama
‘pertahanan awam’, tulang belakang pasukan JPAM ialah anggota masyarakat
yang mahu memberi khidmat secara sukarela.
"Kerja kami lebih bersifat memberi bantuan kemanusiaan, tidak kira
siapa pun mangsa kepada sesuatu tragedi tanpa mengira latar belakang,
warna kulit, bangsa atau agama.
Hari ini, keanggotaan JPAM telah dibahagikan kepada beberapa jenis,
melibatkan kira-kira 1.3 juta orang daripada pelbagai peringkat umur.
Jumlah terkini Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) ialah 750,630 orang.
Daripada jumlah ini, 11,800 orang berada dalam keadaan siap siaga dan
sedia berkhidmat dalam masa sejam selepas mendapat arahan.
Penyertaan JPAM juga dibuka kepada mahasiswa universiti. Sebanyak 37
universiti dari seluruh negara mempunyai pasukan Kor Siswa Siswi
Pertahanan Awam (Kor SISPA)dengan keanggotaan keseluruhan seramai 4,678
mahasiswa.
"Pasukan ini biasa kami libatkan dalam operasi khidmat bakti selepas
kejadian bencana. Contohnya operasi mencuci rumah dan pengurusan
sumbangan kepada mangsa banjir. Ini kerana kami tidak mahu libatkan
mereka dalam operasi sebelum atau semasa bencana atas faktor risiko yang
tinggi", jelas Selamat.
Kadet Pertahanan Awam (KAPA), program JPAM di peringkat sekolah
menengah juga berjaya menarik penyertaan 50, 474 pelajar dari seluruh
negara.
JPAM turut melaksanakan program pendidikan dan kesedaran kepada pelajar
sekolah dan tadika melalui Program Awalan Kesedaran Keselamatan
Pertahanan Awam(PROKSPA) yang telah melatih 104,437 pelajar.
"Ada juga pihak yang menyertai program-program JPAM atas kapasiti
organisasi dan jumlah organisasi yang berdaftar dengan program ‘Civil
Defence Emergency Response Team (CDERT) kami ialah 61", kata Selamat.
MENGINGATI HERO LAHAD DATU
"Keadaan kelam-kabut waktu itu. Pertempuran baru bermula. Penduduk
laribertempiaran. Kami tahu sesuatu perlu dilakukan segera, kami buka
pusat perlindungan sejak hari pertama krisis bermula", cerita Selamat,
mengenang peristiwa hitam negara di Lahad Datu.
Empat pusat perlindungan, memuatkan 4,000 penduduk dibuka sepanjang
krisis berlaku. Segala keperluan mangsa daripada keperluan harian hingga
makan minum diuruskan JPAM.
Secara keseluruhan, 350 petugas JPAM terlibat dalam misi ini dan bagi
menghargai mereka diadakan majlis penganugerahan itu melibatkan 30
penerima terakhir. - Bernama
Tuesday, 29 April 2014
PERKHIDMATAN KECEMASAN 999
Perkhidmatan Talian Kecemasan 991
Perkhidmatan
yang dikenali sebagai Talian Kecemasan 991 telah dilancarkan pada 21
Mei 1995 dan Pejabat Pertahanan Awam Kuala Lumpur telah menjadi perintis
kepada talian ini. Ini diikuti dengan pelancaran talian 991 yang sama
di negeri Pulau Pinang, Bandar Ipoh, Johor Bahru dan Kuching.
Perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma ini semakin mendapat
perhatian masyarakat dan kemudiannya diperluaskan ke seluruh cawangan
yang sedia ada. Kesannya, sehingga 13 Disember 2000, semua 17 pejabat
cawangan di semenanjung, Kuching dan Kota Kinabalu telah memberikan
perkhidmatan kecemasan melalui talian 991. Skop perkhidmatan yang
diberikan adalah meliputi hampir kesemua kes kecemasan yang berlaku
seperti kemalangan jalan raya, terperangkap, hilang atau sesat di hutan
serta kemalangan di air semakin menonjolkan peranan dan kemahiran yang
dimiliki oleh pasukan. Pasukan pertahanan awam pada masa ini terus
diberikan peranan utama dalam gerakan mencari dan menyelamat serta
semasa berlakunya banjir besar yang berlaku hampir setiap tahun.
Talian 999
Mulai
1 Oktober 2007 talian kecemasan 999 telah diperkenalkan kepada
masyarakat Malaysia dengan menggabungkan semua nombor kecemasan iaitu
991, 994 dan 999 ke dalam satu nombor kecemasan yang melibatkan agensi
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) bagi mengintegrasikan pengurusan data, bilangan kekuatan
agensi dan penggunaan sistem yang bersepadu bagi meningkatkan tahap
penyampaian perkhidmatan kecemasan di antara agensi dengan satu prosedur
dan tatacara perkhidmatan yang seragam bertepatan dengan hasrat
kerajaan melalui motto “Satu Malaysia satu Nombor”. Sebanyak 2 buah
Pusat Panggilan Malaysia Emergency Response System (MERS) JPAM telah
beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008 dan pada tahun 2012 sistem
tersebut telah diperluaskan di negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Setiap panggilan melalui talian
kecemasan 999 adalah percuma.Sistem penerimaan panggilan kecemasan 999
mampu mengenalpasti setiap panggilan yang dibuat kerana nombor pemanggil
akan tertera untuk disimpan bagi tujuan rekod atau rujukan. Ini dapat
membantu mengelakkan keciciran ketika panggilan kecemasan dibuat di
samping memantau panggilan palsu. Setiap panggilan palsu boleh dikenakan
denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen
233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hubungi
Monday, 28 April 2014
KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KAPA)
Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KAPA)
Matlamat penubuhan Pasukan Kadet Pertahanan Awam adalah untuk
membentuk masyarakat khususnya para pelajar melalui pelbagai aktiviti
kesukarelaan bertujuan memantapkan semangat patriotik, meningkatkan
tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Objektif
- Memberi kemahiran-kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa.
- Memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan baik di sekolah atau luar sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.
- Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taatsetia, cintakan sekolah dan negara.
- Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan, pengorbanan dan kejujuran antara satu sama lain.
- Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan di kalangan pelajar.
Keanggotaan
Pendaftaran untuk menyertai Kadet Pertahanan Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
- Pelajar-pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 20 tahun.
- Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).
- Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
- Mendapat kebenaran ibu bapa dan disokong oleh pihak sekolah.
- Warganegara Malaysia.
- Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.
Bayaran Elaun
- Anggota kadet tidak layak menerima sebarang elaun.
- Guru Penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
- Guru Penasihat atau Guru Pembimbing Kadet TIDAK LAYAK menuntut sebarang elaun.
Kaedah Latihan
Kuliah : Boleh dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau jurulatih bertauliah.
Praktikal : Dijalankan oleh jurulatih bertauliah dan dibantu oleh Guru Penyelaras Kadet.
Lawatan : Dijalankan sendiri oleh Guru Penyelaras.
Perkhemahan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing dengan bantuan jurulatih bertauliah
Kerja Lapangan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.
Kerja Kumpulan : Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.
Borang KAPA
- BORANG PERMOHONAN PENUBUHAN PASUKAN KADET PERTAHANAN AWAM
- KEPUTUSAN KADET PERTAHANAN AWAM
Hubungi
Untuk Makluman Lanjut sila Hubungi :
Sunday, 27 April 2014
JPAM: FUNGSI, MISI, VISI, MOTO DAN OBJEKTIF
Takrif Pertahanan Awam
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:
SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.
SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat
difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa
peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi
menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan
ke atas harta benda penduduk awam.
Visi, Misi Dan Moto
VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.
MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.
MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.
MOTO
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"
Objektif
Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
- Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
- Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
- Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
Memberi respond kepada bencana dengan cara:
- Menubuhkan pasukan (First Responder).
- Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
- Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
- Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.
Fungsi
- Menubuh, mengurus dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam.
- Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.
- Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
- Menyedia, mengurus dan menyelenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.
Fokus Strategik
- Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.
- Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.
- Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.
- Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam.
- Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).
- Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.
- Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.
- Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.
- Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.
- Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.
Nilai & Teras
- Mengendalikan tugas dengan cekap dan tepat.
- Berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap tugas yang di berikan.
- Mengamalkan konsep kerja berpasukan.
- Berkhidmat dengan Ikhlas.
Subscribe to:
Posts (Atom)