Hari ini umat Islam mula berpuasa di bulan Ramadhan. Marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini.
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan
185 )
"Wahai orang-orang
beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan
Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat
Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan
keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu
dan menghayatinya.
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang
menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja
untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar
untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI
BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan
syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan
permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan
iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan
Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna
dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa,
dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat
memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk
persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat
kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan,
antaranya ialah:
- Solat sunat Tarawih
- Solat-solat sunat yang lain
- Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
- Memberikan hidangan berbuka puasa
- Banyakkan membaca tahlil
- Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
- Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
- Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
- Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa
dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain
berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah
kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment