Saturday, 10 May 2014
Monday, 5 May 2014
JPAM LATIH ANGGOTA KADET HADAPI BENCANA
Berikut adalah laporan berita Utusan Malaysia mengenai majlis penutup Pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Johor di UTHM Batu Pahat pada 23 April 2014 yang lalu.
BATU PAHAT 24 April - Pelajar yang menyertai Kadet Pertahanan Awam
(KAPA) amat beruntung memandangkan mereka didedahkan dengan pelbagai
ilmu dan kemahiran asas Pertahanan Awam dalam menghadapi setiap
kecemasan atau bencana yang berlaku.
Pengarah Pertahanan Awam Johor, Kolonel Ghazali Abd. Rahman berkata,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedia melatih seramai yang boleh
para pelajar dan masyarakat agar memiliki kemahiran tersebut sekiranya
menghadapi situasi tersebut.
Menurutnya, pelajar pada masa yang sama juga diharapkan dapat menanam
kesedaran untuk sama-sama mengikuti dan bergiat aktif bagi menimba ilmu
Pertahanan Awam.
Asas pembangunan modal insan bermula di sini kerana bukan sahaja
pelajar dilengkapi dengan ilmu kurikulum di sekolah tetapi turut
memiliki ilmu dan kemahiran Pertahanan Awam yang amat penting dan
berfaedah.
Ilmu Pertahanan Awam yang mereka miliki hari ini juga amat berguna
sekiranya mereka mahu menceburkan diri dalam memberi khidmat sebagai
Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) selepas tamat persekolahan
kelak," katanya ketika menutup Pertandingan Kemahiran KAPA peringkat
negeri di sini semalam.
Sebanyak empat jenis pertandingan dipertandingkan dalam program itu,
iaitu pertandingan kawad kaki, perawatan awal, melawan kebakaran dan
menyelamat yang membabitkan penyertaan tujuh daerah di negeri ini.
Tambah Ghazali, JPAM Johor mengambil inisiatif melaksanakan
pertandingan tersebut sebagai sebahagian daripada matlamat jabatan
untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai dan relevan
kepada keselamatan awam serta negara.
Di samping itu katanya, pertandingan tersebut merupakan platform
untuk mengenal pasti calon kadet KAPA yang akan mewakili kontinjen Johor
ke Perkhemahan Integrasi KAPA peringkat kebangsaan kali ke-13 di Sabah
pada Jun depan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140425/wj_05/JPAM-latih-anggota-kadet-hadapi-bencana#ixzz314pmcLoQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Saturday, 3 May 2014
ANGGOTA JPAM PONTIAN SEDIA BANTU PADAM KEBAKARAN
Laporan akhbar Sinar Harian pada 14 Mac 2014
PONTIAN, 14 Mac - Kira-kira 200 anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam
(JPAM) daerah Pontian bersiap sedia bagi membantu operasi memadam
kebakaran yang kerap berlaku pada musim panas ini.
Pegawainya, Mohd Hairol Isahak berkata, sepanjang Februari hingga kini,
dianggarkan seramai 60 anggota telah digerakkan memadam kebakaran
bersama pasukan bomba dan penyelamat.
“Pada peringkat awal, kita meletakkan tujuh anggota khas yang sentiasa
bersedia 24 jam untuk turut serta dalam mana-mana operasi pemadaman yang
dijalankan di sekitar daerah.
“Sekiranya terdapat keperluan tambahan, kita akan menambah anggota
bergantung kepada situasi dan luas kawasan yang terbakar,” katanya
ketika ditemui di ibu pejabat JPAM daerah Pontian, semalam.
Menurutnya, jumlah kebakaran melibatkan kebun kelapa sawit, kawasan belukar dan semak samun meningkat mendadak tahun ini.
“Berbanding tahun lepas, operasi pemadaman kebakaran tidak banyak
melibatkan JPAM, namun pada tahun ini JPAM diletakkan dalam keadaan siap
sedia.
“JPAM telah terlibat di dalam 20 operasi pemadaman sejak Februari lalu,
terdapat operasi yang memerlukan anggota bekerja sehingga lewat malam
untuk mengawal api dari merebak,” katanya.
Jelasnya, keadaan musim kering dan panas menyebabkan anggotanya berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan air.
“Keadaan parit dan sungai yang kering menyebabkan bekalan air terhad, ini menyebabkan bekalan terpaksa dibawa dari luar. Kebakaran membabitkan kawasan tanah gambut sukar dikawal berikutan
keadaan tanah yang mudah terbakar memerlukan bekalan air yang banyak,”
katanya.
Beliau berkata, pembabitan sukarelawan dalam operasi memadam kebakaran
ini banyak membantu mereka untuk bersiap sedia menghadapi sebarang
kemungkinan bencana.
“Kita telah bersiap sedia sebelum menyertai sebarang operasi pemadaman
kebakaran dan bencana yang mungkin berlaku di daerah ini. Selain memastikan anggota mencukupi, kita juga sentiasa memastikan
peralatan menyelamat sentiasa berada dalam keadaan yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang berminat menyertai JPAM sebagai anggota sukarelawan.
Friday, 2 May 2014
SEJARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI JOHOR
Pertahanan Awam telah ditubuhkan di Malaysia, namun di Johor ia lebih
dikenali sebagai ‘Johor Defence Core’ dan fungsinya serta sistem
latihannya tidak menjurus kepada tugas-tugas Pertahanan Awam khususnya
dan ia lebih kepada kerja-kerja amal bersama masyarakat.
Pada tahun 1964 – Konfrantasi Malaysia-Indonesia, Rakyat Malaysia dikerah untuk menyertai Pertahanan Awam. Pada masa itu, Zon Selatan yang terdiri dari 3 negeri iaitu Melaka, Negeri sembilan dan Johor telah dikendalikan oleh seorang pegawai yang berjawatan Pesuruhjaya Pertahanan Awam Zon Selatan. Semua pengurusan berpusat di Singapura iaitu di Fort Cining.
Bermula tahun 1968 – 1970 Pertahanan Awam Negeri Johor telah ditempatkan di pejabat lama di Bukit Timbalan Johor Bahru (sekarang tapak Bank Negara). Pertahanan Awam Negeri Johor diketuai oleh Pegawai dengan gelaran Pegawai Penjaga yang bertanggungjawab menguruskan pasukan dan latihan kepada anggota pasukan pertahanan awam.
Tahun 1986 – 2003 Pertahanan Awam telah ditempatkan di Bangunan Sanaturium atau Hospital TB Jalan Hospital Permai Johor Bahru. Kini Pejabat Pertahanan Awam Negeri Johor telah berpindah ke bangunan sendiri di Lot 21565 Bandar Baru Uda.
TERAS PROGRAM JABATAN
Pada tahun 1964 – Konfrantasi Malaysia-Indonesia, Rakyat Malaysia dikerah untuk menyertai Pertahanan Awam. Pada masa itu, Zon Selatan yang terdiri dari 3 negeri iaitu Melaka, Negeri sembilan dan Johor telah dikendalikan oleh seorang pegawai yang berjawatan Pesuruhjaya Pertahanan Awam Zon Selatan. Semua pengurusan berpusat di Singapura iaitu di Fort Cining.
Bermula tahun 1968 – 1970 Pertahanan Awam Negeri Johor telah ditempatkan di pejabat lama di Bukit Timbalan Johor Bahru (sekarang tapak Bank Negara). Pertahanan Awam Negeri Johor diketuai oleh Pegawai dengan gelaran Pegawai Penjaga yang bertanggungjawab menguruskan pasukan dan latihan kepada anggota pasukan pertahanan awam.
Tahun 1986 – 2003 Pertahanan Awam telah ditempatkan di Bangunan Sanaturium atau Hospital TB Jalan Hospital Permai Johor Bahru. Kini Pejabat Pertahanan Awam Negeri Johor telah berpindah ke bangunan sendiri di Lot 21565 Bandar Baru Uda.
TERAS PROGRAM JABATAN
1. Awam dan Komuniti (Meningkatkan dan Melibatkan Seberapa Ramai Orang Awam di dalam Aktiviti Menyelamat)
- Pengambilan Anggota Sukarela Baru
- Latihan menyelamat penduduk setempat
- Latihan orang awam
- Program kesedaran pelajar sekolah
- Kadet pertahanan awam
- Kadet siswazah pertahanan awam (SISPA)
2. Sistem Penyampaian Perkhidmatan (Meningkatkan Keupayaan Jabatan dalam Memberikan Perkhidmatan Menyelamat)
- Program Meningkat tahap profesionalisme Res-Q 991
- Pasukan Penyelamat Pantai (Baywatch)
- Program Penstrukturan pasukan (sepenuh masa & sukarela)
- Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT)
- Pasukan Elit 991
3. Tadbir Urus & Pengurusan Perubahan (Meningkatkan Jalinan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan/Swasta)
- Perkongsian maklumat berkaitan pengurusan bencana
- Latihan kepada bekas penagih dadah (kerjasama AADK)
4. Pembangunan Kapasiti & Keupayaan
- Kursus Kemahiran Pengurusan Bencana di Agensi Pertahanan Awam Luar Negara
- Program Penempatan Pegawai/Kakitangan Di Agensi yang terlibat dengan bencana
- Sistem Amaran Bencana (perancangan 5 tahun)
- Peralatan
- Program latihan kepada kumpulan profesional & sokongan
- Program kejurulatihan
- Infranstruktur (pejabat baru negeri & daerah)
FUNGSI
- Menubuh, mengurus dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam.
- Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan.
- Bencana dan kecemasan kepada orang awam.
- Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
- Menyedia, mengurus dan menyelenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.
VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.
MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.
OBJEKTIF
Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:
- Latihan kepada Orang Awam.
- Sistem Amaran Bencana.
- Pusat-pusat Perlindungan.
Tindakbalas berikutan bencana:
- Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
- Perkhidmatan Kecemasan.
Pemulihan
- Pembersihan
- Pembangunan Semula
- Kaunseling.
SENARAI NAMA PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI JOHOR.
NAMA TEMPOH
- En. Zulkifli B. Hj Ahmad 1963 - 1967
- En. Jaafar B. Abd Jalil 1967 - 1979
- En. Ghazali B. Abd Bakar 1980 - 1981
- En. Baei B. Salekan (memangku) 1981 - 1985
- En. Roslan B. Wahab 1985 - 1991
- Tn. Hj. Mohd Yusof B. Hj. Idris 1991 - 1996
- En. Ibrahim B. Mat Adam 1996 - 2002
- En. Hamdan B. Mohd Saat (memangku) 2002 - 2003
- Tn. Hj. Che Othman B. Hj Hussin 2003 - 2008
- Tn. Ghazali B. Abd Rahman 2008 - kini
PENGARAH
Kol. (PA) Ghazali bin Abd Rahman
Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor
JKR 6231 Jln Padi Murni,
Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi,
Johor Bahru, Johor
Tel : 07- 2364567
Faks : 07- 2353991
E-mail : ghazali@civildefence.gov.my
JKR 6231 Jln Padi Murni,
Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi,
Johor Bahru, Johor
Tel : 07- 2364567
Faks : 07- 2353991
E-mail : ghazali@civildefence.gov.my
Subscribe to:
Posts (Atom)